SKJU Tuan Rumah Pertandingan Berbalas Pantun
Pada hari Isnin bersamaan 6 April 2015, satu pertandingan berbalas pantun yang diadakan di dua lokasi berasingan iaitu pertandingan permulaan sampai peringkat separuh akhir dibuat di Bilik J-Qaf dan bilik kelas fardu Ain serta untuk peringkat pertandingan akhir dilangsungkan di Dewan Pak Sako. Pertandingan Berbalas Pantun dirasmikan dengan jayanya oleh Pegawai PPD Temerloh iaitu Tuan Haji Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad. Pertandingan berbalas Pantun melibatkan lapan buah sekolah yang bertanding di SK Felda Jenderak Utara yang mana Sekolah yang menjadi tuan rumah tidak bertanding dan hanya selaku tuan rumah sahaja. Antara nama sekolah yang bertanding adalah S.K Jalan Bahagia, S.K Temerloh Jaya A, S.K Lubuk Terua, S.K Kuala Tekal, S.K Kampung Jenderak, S.K Seri Tualang, S.K Kuala Kaung dan S.K Temerloh Jaya B.
Tuesday, 7 April 2015
Thursday, 26 February 2015
Menjelang Sukan Tahunan SKJU
Sukan Berprestij SKJU 2015
Akhirnya hari yang dinantikan iaitu Sambutan Hari Sukan Tahunan 2015 yang telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 26 Februari dengan rasminya telah berlangsung dengan penuh berprestij di lapangan padang sekolah yang dirasmikan oleh wakil YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda.Sambutan Hari Sukan Tahunan ini juga dilaksanakan dengan pelbagai persediaan yang rapi dan penuh dengan kerjasama untuk menambahkan kemeriahan sambutan hari Sukan Tahunan bagi kali yang ke 39 ini.

| Kerusi untuk tetamu VVIP disediakan |
| Antara hiasan dari pelbagai rumah sukan telah siap dipasang |
| Hadiah yang berbentuk hamper bagi acara untuk murid prasekolah dan murid kelas khas |
| Hadiah yang berbentuk bungkusan bagi acara terbuka |
| Hadiah yang berbentuk piala |
| Hadiah yang berbentuk pingat juara, naib juara dan tempat ketiga |
| Perbarisan Hari Sukan Dari Rumah Sukan Yang Bertanding |
| Pembawa Bendera Kejohanan |
| Barisan pengerusi VIP yang hadir memantau perjalanan perbarisan rumah sukan |
| Perbarisan Rumah Sukan bergerak ke tempat yang terakhir untuk upacara perbarisan selesai keseluruhan |
| Perbarisan rumah sukan yang telah sampai secara keseluruhan di tapak akhir perbarisan |
| Bekerjasama menaikkan bendera kejohanan |
| Bendera kejohanan bakal dinaikkan |
| Proses menaikkan bendera kejohanan |
| Bendera yang dinaikkan |
| Bacaan Ikrar oleh Ketua Pembawa bendera Rumah Sukan |
| Suasana selepas bacaan ikrar sukan tahunan selesai |
| Ucapan oleh YDP PIBG sekolah |
| Kata-kata aluan dan semangat kepada peserta rumah sukan |
| Guru Besar menyampaikan ucapan dan kata-kata aluan untuk pembukaan perasmian sambutan hari sukan tahunan |
| Pengurus Felda Jenderak Utara Y.H. Encik Muhammad Fadeli Bin Ibrahim turut bersama dalam menyampaikan ucapan dan kata aluan untuk pembukaan perasmian Hari Sukan Tahunan |
| Ucapan dan kata aluan yang penuh dengan semangat kesukanan disampaikan kepada murid-murid yang mengambil bahagian |
| Tuan Guru Besar dan Pengurus Felda JU turut bersama dalam menyampaikan hadiah kepada para pemenang |
| Y.H. Encik Muhammad Fadeli Bin Ibrahim menyampaikan kalungan pingat kepada peserta dari rumah Saga yang telah berjaya dalam acara dan penyertaan dalam sukan |
![]() |
| Antara Peserta yang berjaya dalam acara yang dipertandingan pada hari sukan tersebut |
![]() |
| Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Pengurus Felda Jenderak Utara iaitu Y.H En. Muhammad Fadeli Bin Ibrahim |
Wednesday, 25 February 2015
Persediaan Hari Sukan dan Raptai
Raptai Serta Latihan Perbarisan 2015
Pada hari Rabu bersamaan 25 Februari 2015 telah diadakan raptai dan latihan perbarisan untuk menghadapi sukan tahunan yang bakal diadakan dalam waktu terdekat ini. Acara raptai perbarisan telah disempurnakan sekitar jam 10 pagi selama satu jam setengah dan latihan persediaan hari sukan telah diadakan satu hari sebelum bermulanya hari sukan tahunan.

Tuesday, 24 February 2015
Latihan Sukan Tahunan 2015
Latihan Sukan
Latihan sukan diadakan sepanjang minggu dalam bulan Februari antara 16 Februari sehingga 24 Februari 2015.
Latihan sukan diadakan sepanjang minggu dalam bulan Februari antara 16 Februari sehingga 24 Februari 2015.
Monday, 2 February 2015
Program Pertama Perjumpaan Murid Tahun 6 SKJU
Program Perjumpaan Murid Tahun Enam Bersama Dengan Ibu Bapa
Pada hari Jumaat bersamaan 30 Januari telah diadakan program perjumpaan ibu bapa bersama dengan murid-murid tahun enam serta ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh En. Mohd Salim Bin Muda serta ucapan aluan dari Tuan Guru Besar En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah kepada murid tahun enam yang hadir di dewan Pak Sako sekitar waktu pagi tersebut. Cikgu Shah Hanim menjadi pengacara majlis manakala Cikgu Zaidi selaku pengerusi program Perjumpaan Murid Tahun Enam pada pagi hari Jumaat tersebut.
Acara pembukaan adalah bacaan doa dari Ustaz Najib dan upacara penutup adalah bacaan ikrar dari semua murid tahun enam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
TAHNIAH
Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...