SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 13 December 2012

Perlaksanaan Pengubahsuaian Dewan Besar SKJU

Kerja Pengubahsuaian Dan Penambahan Infrastruktur Bagi Kemudahan Di Dewan Sekolah

Sekitar bulan Disember iaitu dalam minggu yang kedua bulan tersebut antara 10 sehingga 14 haribulan telah diadakan kerja-kerja membaiki serta mengubahsuai yang dilakukan di dewan sekolah yang mana kerja pengubahsuaian tersebut dibuat dari jam 9pagi dan berhenti pada lewat petang iaitu sekitar jam 6 petang. Kerja-kerja penyelengaraan tersebut dikendalikan oleh kontraktor warga asing yang berpengalaman.  Antara pemandangan kerja-kerja membaiki, membaikpulih serta mengubahsuaian adalah seperti berikut...:

Antara bahan penambahbaikan adalah seperti  pasir dan
batu-bata bagi penyediaan asas dalam penyelenggaraan
tersebut

Penyediaan bagi bahan binaan tambahan

Antara meja-meja yang telah dikeluarkan dari dewan
dan suasana tapak penyelenggaraan di luar dewan sekolah

Suasana di dalam dewan  yang masih berselerak dan
sedang dalam proses penyelenggaraan

Bahagian penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang
melibatkan pentas utama serta lantai pentas yang digantikan
dengan mozek dan batu marmar

Antara bahagian peralatan yang telah dibuka untuk
penyelenggaraan yang dijalankan

Simen-simen yang disusun atur diluar laluan pintu utama
dewan besar

Suasana Bahagian Dalam Dewan Untuk Minggu Yang
Berikutnya

Thursday 15 November 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan  dan  Graduasi murid-murid Prasekolah  


Pada hari Khamis bersamaan dengan 8 November 2012, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah dan anugerah kecemerlangan pelajar serta majlis graduan murid-murid prasekolah. Pada hari tersebut juga turut diadakan pelbagai persembahan dari murid-murid yang terlibat serta majlis perasmian hari Anugerah kecemerlangan yang disempurnakan oleh  En. Mohd Salim Bin Muda selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini. Antara gambar-gambar yang sempat diambil sempena Hari Anugerah kecemerlangan adalah seperti berikut....:

Latar belakang pentas yang telah dihiasi dengan tulisan yang
terukir dengan kreatifnya

Ucapan pembukaan dari Pn. Hjh. Ruziah
sempena majlishari sambutan dijalankan


Antara pelbagai jenis hadiah dan cenderahati yang telah
disusun dengan teratur

Suasana pentas sempena majlis hari Anugerah Kecemerlangan
& Graduasi Pra Sekolah 2012 yang telah diadakan pada
8 November hari khamis

Sunday 4 November 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012

Sambutan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Bulan November 

Pada hari Jumaat 2 November 2012 bersamaan dengan 16 Zulhijjah 1433, sekolah telah mengadakan suatu majlis khatam Al-Quran yang diadakan di surau sekolah bersama murid-murid tahun 5 dan tahun 6 yang telah habis menamatkan bacaan ayat suci Al-Quran. Majlis khatam Al-Quran juga turut mendapat kerjasama dari Ustaz Najib, Ustazah Romlah dan Ustazah Aisyah yang bertugas sebagai pengacara serta penyusunan hadiah dan cenderahati kepada murid-murid yang  membaca Al-Quran sekitar pagi tersebut. Antara gambar-gambar suasana majlis sambutan yang dipaparkan adalah seperti berikut...:

















Wednesday 24 October 2012

Hari Sukan Tahunan SKJU 2012

SAMBUTAN HARI SUKAN SEKOLAH KALI YANG KE 25

Pada hari selasa iaitu bertarikh 23 Oktober 2012, telah diadakan sambutan hari sukan yang julung-julung kalinya diadakan pada akhir tahun bagi tahun ini iaitu yang merupakan tahun keramat dalam sejarah penganjuran sukan yang pertama kali diadakan pada akhir tahun bagi edisi yang kali ke 25 untuk tahun ini. Upacara sambutan sukan tahunan tersebut turut dirasmikan oleh En. Abdul Manan Bin Sartib yang merupakan pengurus besar FELDA Jenderak Utara dan diiringi oleh Yang Dipertua PIBG En. Mohd Salim Bin Muda turut hadir ke majlis  perasmian sukan tahunan tersebut. Selain itu, sukan tahunan ini juga turut diwarnai dengan acara perbarisan yang disertai oleh 4 rumah sukan iaitu Dato Bahaman, Tok Gajah, Perba Jelai dan Mat Kilau manakala rumah Pra Sekolah adalah sebagai undangan bagi acara perbarisan yang sememangnya menarik dan memukau dari segi fesyen pakaian dan muzik perbarisan juga turut memberi semangat kepada peserta perbarisan rumah sukan. Rumah sukan mereka juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri perhiasan yang amat menarik dari segi rekaan, susunan, penambahan bahan dan lanskap yang mengikut warna dan citarasa bagi setiap rumah sukan yang bertanding pada tahun ini. Antara berikut adalah gambar-gambar yang dipaparkan...:


Papan tanda yang telah siap diukir


Papan tanda bagi Tok Gajah iaitu rumah Hijau


Papan tanda rumah merah



Replika Maskod bagi rumah kuning



Hiasan Rumah Sukan Yang Khas Untuk
Murid PraSekolah


Pembawa Bendera Kejohanan Rumah Sukan


Barisan kontinjen rumah sukan yang masih belum bersedia
dan antara ahlinya yang masih berbual dengan rakan mereka


Barisan Kontinjen Rumah Hijau Dengan Maskot Gajah
Yang Bersama dengan peserta perbarisan



Perbarisan Kontinjen Rumah kuning yang telah bersedia
dengan pakaian pengantin tradisi mereka


Rumah Biru dengan kontinjen yang berpakaian
seperti nelayan yang membawa maksud gigih berusaha
tanpa rasa jemu dan tidak berputus asa dalam cabaran



Barisan murid-murid prasekolah yang turut terlibat sebagai
kontinjen bagi acara perbarisan bersama rumah sukan


Sebentar sahaja lagi upacara menaikkan bendera akan
dilangsungkan di hadapan para penonton 

Maskot yang sememangnya sinonim dengan
status rumah Hijau


Acara perbarisan yang diadakan dengan pelbagai aneka gaya dan citarasa bagi setiap hiasan dari rumah sukan masing-masing yang telah dibentuk dan digubal serta dibangunkan dalam tempoh seminggu sebelum hari sukan tahunan bermula pada pagi tersebut dan diiringi upacara menaikkan bendera kejohanan sukan tahunan bagi yang ke 25 dan seterusnya sambutan hari sukan diiringi dengan ucapan dari guru besar, YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda dan seterusnya ucapan dari Pengurus Besar Felda Jenderak Utara iaitu En. Abdul Manan Bin Sartib dan beliau merasmikan upacara sambutan hari sukan sekolah bagi tahun 2012 yang diadakan julung kalinya pada akhir bulan Oktober. 


Tempat duduk dan meja pengurus yang bakal merasmikan
majlis sukan tahunan bersama YDP PIBG hadir di astaka


Guru Besar Pn. Hjh. Ruziah menyampaikan
ucapan pembukaan selepas upacara
perbarisan dilangsungkan



Ucapan yang dialu-alukan dari YDP PIBG

Acara Lumba Lari 200 meter



Penerimaan hadiah kepada setiap peserta rumah sukan yang
berjaya diumumkan 



Keputusan semasa mengikut kadar mata kutipan bagi setiap
rumah sukan yang bertanding


Tuesday 23 October 2012

Raptai Sukan Tahunan dan Latihan Perbarisan

Acara Perbarisan dan Raptai Persediaan Sebelum Sukan tahunan SKJU 2012 

Pada hari Jumaat 19 Oktober 2012 sekitar jam 11pagi, telah diadakan aktiviti raptai dan latihan perbarisan rumah sukan yang turut disertai oleh lima rumah sukan untuk edisi yang ke 25 tahun ini. Untuk raptai pada tahun ini juga turut melibatkan latihan yang seiringan seperti hari sukan kerana untuk membiasakan keadaan dengan latihan dan sukan sebenar yang bakal diadakan yang hanya tinggal tiga hari sahaja lagi. Antara berikut adalah gambar yang dipaparkan untuk raptai bagi perbarisan rumah sukan...:


Raptai atau latihan bagi membawa dan menaikkan bendera
kejohanan


Perbarisan rumah merah



Perbarisan rumah biru 


Perbarisan rumah hijau



Perarakan perbarisan dari rumah kuning

Monday 22 October 2012

Ceramah Kesihatan

Alam Remaja dan Persediaan Menghadapinya

Pada hari Selasa bersamaan dengan 16 Oktober 2012, terdapat satu sesi ceramah kesihatan yang disampaikan kepada murid-murid tahun enam yang mana ceramah tersebut diadakan di Dewan sekolah dan ceramah tersebut disampaikan oleh pegawai kesihatan yang dijemput dari Klinik Kesihatan Kuala Krau dan tajuk utama ceramah tersebut adalah Persediaan menghadapi peralihan ke alam remaja. Ceramah tersebut ditujukan kepada semua murid lelaki dan perempuan tahun enam sahaja dan Pegawai kesihatan yang menyampaikan ceramah tersebut adalah seorang jururawat kesihatan iaitu Pn. Adibah dan turut dibantu oleh Cik Noraini. Antara gambar yang sempat dipaparkan adalah seperti berikut....:


Penyampaian ceramah dalam bentuk powerpoint yang 
dipaparkan di layar skrin


Antara murid-murid lelaki yang hadir ke dewan untuk
mendengar sesi ceramah


Murid perempuan tidak ketinggalan dalam mengikuti 
sesi ceramah yang bakal disampaikan


Cikgu Zaidi selaku host atau pengacara yang mengundang
kepada bakal penceramah yang akan disampaikan
pada pagi  tersebut



Dua penceramah yang dijemput akan menyampaikan tajuk yang bakal 
diketengahkan kepada murid-murid tahun enam



Jika video seperti berikut tidak dapat dibuka sila ke laman web youtube dan buka video
yang bernama DSCN4125 dan seterusnya cari tajuk edzadfrevion



Bergambar setelah selesainya ceramah 

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...