SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Friday 25 January 2019

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2019

Sambutan Hari Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 18 Januari 2019 telah diadakan sambutan untuk sesi pemberian bantuan awal persekolahan yang disampaikan oleh En. Mohmad Azizan Bin Abdul Aziz yang merupakan Wakil Dari Gabungan Parti Pakatan Harapan untuk exco bahagian  Temerloh yang telah hadir bagi menyampaikan wang bantuan awal persekolahan bagi sesi tahun 2019 yang diadakan di dewan Pak Sako SKJU.  





Wednesday 23 January 2019

Larian Perdana SKJU 2019

Program Larian Perdana dan Larian Murid-murid SKJU 2019 

Program yang pertama untuk tahun 2019 yang julung kali diadakan untuk awal tahun setiap kali bermulanya awal sesi persekolahan yang merupakan sebuah program yang membimbing murid-murid untuk memperolehi stamina dan kecergasan dalam sukan larian mahu pun olahraga itu sendiri. Program larian perdana telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 18 Januari 2019 yang bermula di tapak perhimpunan sekolah. Peserta yang terlibat dalam program ini iailah semua murid-murid SKJU dari tahun satu sehingga tahun enam serta terdapat kategori yang dipertandingkan untuk kali ini. Program larian ini telah bermula sekitar jam 8.32 pagi dan berakhir pada jam 10.20 pagi dan program ini juga dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Mohamed Nasir Bin Ismail dan hadiah disediakan oleh En. Nazaruddin dan Pn. Hasnita selepas berakhirnya larian perdana tersebut.











Dalam larian tersebut juga telah diadakan untuk semua tempat yang memperolehi hadiah iaitu tempat Pertama, Kedua, Ketiga, keempat dan Kelima mengikut kategori da tahun masing-masing. Kategori untuk murid-murid yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu turut diperkirakan dan yang murid yang diperkirakan mengikut tahun dikira melalui hadiah saguhati.  










































TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...