SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday 30 July 2013

Majlis Berbuka Puasa 1434

Jamuan Berbuka Puasa Tahun Enam Tahun 2013

Pada hari Isnin 29 Julai baru-baru ini telah diadakan suatu majlis jamuan berbuka puasa yang dibuat di kantin sekolah. Antara yang hadir adalah Guru Besar, Guru GPK Koko, GPK, GPK Hem, Guru panatia tahun enam serta pelajar tahun enam yang hadir ke jamuan itu. Antara juadah lauk yang disediakan pada majlis jamuan berbuka puasa kali ini adalah ayam panggang, sayur bunga kobis campur, pajri nenas dan sambal belacan. Selain itu turut disediakan sebagai pencuci mulut adalah buah tembikai, buah kurma dan murtabak.

Cikgu Ekhwan dan Cikgu Mastifino yang hadir di
majlis berbuka puasa

Cikgu Helmi yang berbaju hitam mengumumkan waktu
berbuka puasa kepada murid tahun 6 yang hadir

Lagi 5minit waktu berbuka puasa

Antara juadah sampingan yang disediakan waktu berbuka

Nasi dengan lauk ayam panggang


Solat Magrib Berjamaah selepas selesai waktu berbuka


TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...