SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 23 May 2019

TAHLIL DAN BACAAN YASSIN SEMPENA KEMANGKATAN KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL - MUSTA'IN BILLAH

Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka  Baginda Yang di- Pertuan Agong dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.Semoga Almarhum Paduka Ayahanda Sultan dicucuri rahmat Allah, diampukan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 




BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SK ( FELDA ) JENDERAK UTARA













PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2019M/1440

Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Temerloh telah mengadakan Program Tadarus dan Khatam al-Quran Perdana Peringkat Negeri Pahang 2019M/1440H 


Tarikh : 23 Mei 2019 (Khamis )
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kg Ketam













Thursday 16 May 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA SK (FELDA ) JENDERAK UTARA

KUALA KRAU l 16 MEI 2019, KHAMIS ,SK (FELDA ) JENDERAK UTARA telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama semua warga SKJU serta keluarga dan juga pelajar tahun enam dan penjaga.Majlis diadakan di tapak perhimpunan SKJU.
    Pelbagai juadah yang dihidangkan pada majlis tersebut.Dengan adanya majlis sebegini dapat mengeratkan ukhwah dikalangan warga SKJU dan juga penjaga.



Gambar sekitar majlis berbuka puasa SKJU












Antara juadah yang dihidangkan

 










Thursday 9 May 2019

PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN


KUALA KRAU l SK FELDA JENDERAK UTARA Panitia Agama Islam telah mengadakan Program Di Ambang Ramadhan sempena kedatangan Ramadhan yang mulia seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03 Mei 2019 ( Jumaat)
Tempat : Dataran Surau SKJU
Masa   : 8.00 pagi

Antara pengisian pada program tersebut ialah solat hajat, solat dhuha,Zikir munajat,bacaan yassin, tahlil Arwah dan soal jawab tentang puasa yang dibawakan oleh Ustaz Mohamad Najib bin mat Nawawi.






Tuesday 7 May 2019

SAMBUTAN HARI GURU SK(F) JENDERAK UTARA TAHUN 2019

KUALA KRAU  I   2 MEI 2019 ( KHAMIS ) , SK (F) JENDERAK UTARA  telah Menyambut Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Bertemakan GURU OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI " Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru-guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan.Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan.bagi aktiviti pada bulan Mei, Sambutan Hari Guru yang dirancang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan mento mentee kelas masing- masing.Di sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid.melalui aktiviti sambutan hari guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mento mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan.Di samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing- masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkab guru-guru dan menghidupkkan suasana hari Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberi erti yang disignifikan dalam catatan dairi seorang guru.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti 
1. Pertandingan bola jaring guru perempuan dengan pelajar 
2. Bola jaring guru lelaki dengan pelajar
3. Futsal guru lelaki dengan pelajar
4. Futsal guru perempuan dengan pelajar
5. Mengasingkan kekacang bagi guru-guru dan staf
6. Pertandingan Dart berpasukan
7. Perandingan merebut kerusi bagi guru lelaki dan perempuan
8. Pertandingan boling 

Guru -guru dan staf berpakaian bertemakan 'Jika aku bukan seorang guru" dan " jika aku bukan di bidang pekerjaan sekarang "


1. pertandingan bola jaring guru dan pelajar 





2. Pertandingan bola jaring guru lelaki dengan pelajar





3. Futsal  guru perempuan dengan pelajar






4. Futsal guru lelaki dengan pelajar



5. Mengasingkan kacang mengikut kumpulan






6. Pertandingan dart berkumpulan





7. Pertandingan merebut kerusi






8. Pertandingan boling



SAMBUTAN HARI GURU


















TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...