SK (F) Jenderak Utara

Visi - Sekolah Cemerlang Felda 2015
Misi - Berusaha dengan bersungguh-sungguh melalui gabungan tenaga seluruh warga sekolah untuk memberi pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Saturday, 15 October 2011

Aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah

Perkhemahan berkumpulan bersama dengan murid-murid tahap 2 di Gunung Senyum

Pada hari Rabu bersamaan dengan 12 Oktober 2011, satu aktiviti menarik telah diadakan iaitu perkhemahan berkumpulan peringkat sekolah yang diadakan di suatu tempat yang boleh dikatakan agak terkenal dengan lokasi yang strategik diantara tiga daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Jengka. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan terdapat dalam gambar dibawah:


 Signboard Welcome 'Selamat Datang' Ke Hutan Lipur Gunung Senyum


 Pemandangan yang terpancar di sekitar pergunungan


Kayu api yang dikumpulkan untuk buat pembakaan hidangan malam perkhemahan


 Hidangan BBQ yang sedang dalam proses untuk disiapkan sementara menunggu aktiviti dari murid-murid pada malam tersebut


 Cikgu Zulkiman sedang menyampaikan amanat kepada murid-murid yang akan membentangkan persembahan kebudayaan mengikut kumpulan yang dibentuk oleh murid-murid


 Salah satu kumpulan dari murid-murid sedang dalam perbincangan untuk bersedia giliran persembahan mereka


Antara kumpulan-kumpulan yang lain telah bersedia untuk persiapan mereka melakukan persembahan pada malam tersebut 


Persembahan pada malam itu dimulai oleh Kumpulan Spontan



Yang ini persembahan dari kumpulan Harimau Malaya


Pelbagai aksi dan gelagat yang ditujukkan oleh murid-murid kita terutamanya yang berkaitan dengan persembahan yang mengikut kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan. Antara gelagat diaorang adalah seperti berikut: 






 Begitulah gelagat dan aksi murid-murid bagi kumpulan yang berentap dalam persembahan pada malam tersebut.


 Cikgu Mastifino sebagai pengacara pada malam persembahan tersebut

Nyanyian dikir barat dari kumpulan yang seterusnya


Setelah selesai persembahan dari murid-murid maka bermulalah hidangan santapan BBQ untuk diner pada malam ini.


Pada malam tersebut,  pelbagai ragam, gelagat, kriteria dan acara yang diperkemaskinikan oleh murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan tersebut mengikut persembahan kebudayaan yang telah dipertandingkan secara berkumpulan berpandukan kumpulan masing-masing. Selain itu, jamuan makan malam turut diadakan dengan menu utama iaitu BBQ yang disajikan kepada murid-murid dan guru-guru serta staff sokongan yang hadir pada malam tersebut.  
Keesokkan paginya pelbagai aktiviti yang telah diadakan untuk melancarkan perjalanan perkhemahan yang telah diadakan.
Antara gambar-gambar untuk paparan pada pagi esok adalah seperti berikut....:- 

   Santai sebelum minum pagi (breakfast)


Breakfast dlu sebelum memulakan aktiviti pada pagi tersebut


 Cikgu Helmi Riza sedang menyampaikan amanat kepada murid-murid yang bakal mendaki Gunung Senyum pada hari tersebut.



 Antara murid yang merupakan peserta perkhemahan bagi badan beruniform pengakap sedang mengemaskan sisa-sisa makanan setelah selesai sahaja minum pagi



 Guru yang masih breakfast pada pagi tersebut sebelum bergerak memulakan ekspedisi pendakian bersama dengan murid-murid


 Aneka Juadah breakfast


 Antara murid-murid yang sedang bersantai dalam melakukan latihan persembahan sampingan pada pagi tersebut


 Bersungguh juga mereka membuat latihan bagi menyemarakkan semangat sebelum ekspedisi pada pagi tersebut


 Antara murid lelaki yang sedang menyanyikan lagu patriotik bagi ekspedisi kali ini


 Kusyuk menyanyi lagu patriotik


 Dalam perjalanan selepas bersantai terlihat papan tanda kuning ini


 Dinding gua ke kayu pokok yea....


 Antara murid-murid yang masih tertinggal ketika sedang bergerak menuju ke ekspedisi


 Jumpe papan tande yang ni pasti nak dekat sampai dah


 Murid-murid berkumpul sebelum memulakan aktiviti pendakian mereka


 Murid-murid kusyuk mendengar taklimat yang sedang disampaikan


Setelah selesai taklimat, murid-murid mula bergerak untuk menuju ke ekspedisi yang seterusnya


 Bermulalah ekspedisi yang penuh mencabar lagi menggegarkan


 Dah sampai akhirnye ke tapak ekspedisi mendaki gua gunung senyum


Murid-murid memulakan perjalanan pendakian melalui alur yang telah disediakan oleh pihak keselamatan


Gerbang muka pintu gua bagaikan gua batu kapur


 Yang kt sini gelap skit sebab cahaya tak masuk dalam


 Yeah, akhirnye kita semua sampai ke dalam gua yang gelap gulita ni


 Jangan risau sebab yang datang camping dapatla merasa masuk gua kt gunung senyum nih


Dari jauh kelihatan siapa yea...


 Kelihatan Mr. Jeremy dan cikgu Mastifino berjalan kaki menuju terus ke haluan yang seterusnya


 Selepas melalui dalam gua, seterusnya menaiki tangga menuju haluan untuk ke sekitar puncak gunung


 Agak besar juga pintu masuk ke gua gunung senyum ini yea...


 Murid-murid berjalan kaki bersama dengan guru perempuan yang beriringan dengan murid masing-masing


 S'might

No comments:

Post a Comment