SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 2 November 2011

Sambutan Hari Kantin Peringkat Sekolah 2011

Hari Kantin  SKJU 2011

Pada hari rabu bersamaan dengan 5 Zulhijjah 1432 iaitu pada tarikh 2 November 2011 telah diadakan majlis sambutan Hari Kantin yang dianjurkan oleh pihak sekolah sendiri yang mana ia melibatkan pelbagai persatuan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, Kadet Murid Sekolah dan persatuan badan beruniform yang lain yang bersama-sama bersatu dalam menjayakan Hari kantin pada hari tersebut. Hari Kantin tersebut juga diadakan berdekatan dengan Surau dan tidak jauh juga dari padang sekolah.  

Antara peristiwa hari kantin adalah yang dapat kita paparkan seperti dala gambarajah dibawah ini:-


 Menu Mee Goreng dan Mee Hoon Telah siap dibungkus untuk dijual kepada murid-murid melalui sistem pembayaran menggunakan kupon makan


 Antara nasi lemak dan lauk yang simple telah siap dipacking


 Kuih-muih dan bekas makanan yang masih belum disusun atur pada awal pagi tersebut


Minuman sejuk yang disimpan dalam bekas ais box


 Antara air berkarbonat yang turut dipasarkan pada sambutan hari kantin tersebut


Keropok dan puding yang dijual pada hari kantin


Pelbagai jenis kuih-muih dan menu pilihan yang lain di hari kantin tersebut



No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...