SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 23 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah

Hari Pendidikan dan Penyampaian Anugerah Tahun 2011

Pada hari Khamis sekitar tarikh 17 November 2011, majlis hari anugerah cemerlang telah diadakan dengan dengan rasminya di dewan besar sekolah dalam waktu pagi tersebut. Majlis itu juga turut dirasmikan oleh En. Mohd Salim Bin Muda yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) merasmikan majlis hari kecemerlangan pendidikan serta menyampaikan anugerah dan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dari pelbagai bidang termasuk akademi dan kokurikulum serta sahsiah diri murid-murid yang telah dinilai melalui majlis penerimaan anugerah yang telah dilaksanakan pada hari tersebut dengan jayanya.

Perlaksanaan untuk majlis tersebut juga turut diseri dan dimeriahkan lagi dengan persembahan dipentas dewan oleh murid-murid yang telah merancang dalam merealisasikan aneka dan ramuan berseri bagi persembahan yang telah dipersembahkan pada pagi tersebut. Selain itu juga, pendaftaran ibu bapa yang hadir pada pagi tersebut turut didaftarkan untuk merekod kedatangan ibu bapa ke majlis hari pendidikan tersebut. Antara gambar-gambar yang sempat saya rakam pada majlis hari pendidikan dan anugerah penyampaian hadiah adalah seperti berikut...:-

Hiasan yang telah diperlihatkan pada hari tersebut


Kelihatan kehadiran penonton yang terdiri dari murid-murid hadir ke dewan


Hadiah yang berbentuk poket fail biru telah disusun pada hari tersebut


Hadiah yang berbentuk bungkusan kertas warna coklat telah disusun dengan teratur


Kelihatan En. Mohd Salim Bin Muda yang hadir untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Penyampaian Hadiah


Antara bungkusan hadiah yang telah disusun diatas dulang


 Pengacara majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah


 Ustaz Najib selaku pembaca doa pada majlis tersebut


 Ucapan dari Guru Besar Pn. Hjh. Ruziah Binti Ghazali


 Antara ibu bapa yang hadir kusyuk mendengar ucapan


Yang Dipertua PIBG En. Mohd Salim Bin Muda menyampaikan ucapan di majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah


 Kusyuk Yang Di Pertua PIBG memberi ucapan pada pagi tersebut


 Ibu bapa juga kelihatan kusyuk mendengar ucapan dari Yang Dipertua PIBG


 Pengacara majlis En. Ekhwan sedang mengumumkan murid-murid yang bakal menerima hadiah dan anugerah pelajar cemerlang peringkat UPSR 2011


 Antara murid-murid prasekolah yang sudah bersiap sedia untuk menerima hadiah di hari pendidikan tersebut


 Anugerah pelajar cemerlang UPSR 2011


 Seterusnya, upacara penyampaian hadiah oleh En. Kamaruzzaman Bin Suhara Affandi selaku Timbalan Yang  Dipertua PIBG kepada murid-murid yang mendapat hadiah dan anugerah pelajar cemerlang...:-









Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Yang Di Pertua PIBG sebagai tanda penghargaan buat beliau



 Persembahan tarian jenaka dari murid-murid tahap2


Persembahan yang mengasyikan dari murid-murid prasekolah

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...