SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 17 November 2013

Hari Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan SKJU 2013

Sambutan Hari Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan 2013

Pada Hari Khamis bersamaan 14 November 2013 telah diadakan satu majlis sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan dan sesi penyampaian hadiah telah diadakan untuk penutupan sesi persekolahan untuk tahun 2013 pada kali ini. Hari Anugerah Kecemerlangan pada kali ini dirasmikan oleh YB Dato Hj. Mohamed Bin Hj. Jaafar yang merupakan Adun Jenderak yang hadir bersama barisan penyeri majlis sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan dan penyampaian hadiah tersebut. Antara barisan perasmian yang hadir adalah En. Mohd Salim Bin Muda selaku YDP PIBG, Tuan Guru Besar dan YB Dato Hj. Mohamed Bin Hj. Jaafar yang menjadi perasmi utama untuk sesi Hari Pendidikan dan Hari Penyampaian Hadiah bagi Anugerah Kecemerlangan murid-murid SKJU yang telah berjuang dalam akademi dan kokurikulum serta sahsiah mereka dan kini telah tiba masanya apa yang murid-murid usahakan hasilnya adalah setimpal dengan usaha mereka untuk berjaya dan kepada mereka yang tidak berjaya diharapkan mencuba lagi....>>>>

Persediaan yang telah dibuat dengan lebih terancang 


Bahagian pentas yang telah dikemaskinikan


Tempat VVIP yang telah disediakan lebih awal


Antara hadiah dan hemper yang disediakan untuk cabutan
bertuah dan cenderamata kepada perasmi majlis

Hadiah yang berbentuk bungkusan dan beg galas berbentuk
kecil yang merupakan hadiah kepada murid prasekolah


Hadiah yang berbentuk trofi dan cenderamata


Tempat duduk VIP dan yang merasmikan majlis sambutan
Hari Pendidikan dan Penyampaian Hadiah serta Hari
Anugerah Kecemerlangan murid SKJU 2013


Bacaan doa oleh Ustaz Sha'arizal


Persembahan pertama yang menyanyikan lagu nasyid
yang bertajuk Hijrah di Awal Muharram


Ucapan aluan dari Tuan Guru Besar


Ucapan aluan dari YDP PIBG


Ketibaan YB menyampaikan ucapan serta
merasmikan majlis sambutan Hari
Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan
bagi tahun 2013


Seterusnya persembahan silat oleh Pekerja Sekolah iaitu
En. Nizam yang akan melakukan persembahan dengan
tarian seni silat


Persembahan silat yang memukau


Persembahan silat dari murid tahun 4 dan tahun 5


Bunga permulaan persembahan silat


No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...