SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Friday 26 August 2016

Program Solat Sunat Hajat Akhir Tahun Siri II

Solat Sunat Dhuha Serta Solat Sunat Hajat Akhir Tahun Siri Kedua 

Pada Hari Jumaat bertarikh 26 Ogos 2016 telah diadakan program solat sunat hajat untuk edisi kali yang kedua bersama Guru Besar, dan GPK HEM serta semua guru dan staf sokongan yang hadir turut serta bersama dalam mengikuti solat sunat dhuha dan solat sunat hajat bersama murid-murid tahun dua, tiga, empat, lima dan enam yang bersama dalam menjayakan program solat sunat sekitar 8 dan 9 pagi Jumaat tersebut. YDP PIBG juga turut hadir dalam bersama menjayakan program Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat pada pagi hari Jumaat tersebut yang telah di imamkan oleh Ustaz Haji Mohamad Najib bin Haji Nawawi di perkarangan hadapan bangunan baru SKJU. Turut diadakan juga adalah program bacaan Yassin dan Tahlil untuk murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2016 pada bulan hadapan.




No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...