SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Friday 1 July 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

Pada hari sabtu 2 Julai 2011, sekolah menganjurkan acara larian serentak iaitu larian sepanjang 2 kilometer yang melalui jalan kampung di Felda Jenderak Utara.  Larian lintas desa tersebut melibatkan semua murid-murid di sekolah ini.  Sebelum larian itu bermula, terdapat senaman ringkas yang atau lebih komesyel dikenali dengan nama senamrobik.  Senaman tersebut bermula pada jam 8 pagi dan berakhir dalam jam 9.35 pagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melihat gambar-gambar yang telah dipaparkan seperti di bawah:



 Cikgu yang turut terlibat dalam menunjukkan kaedah senaman aerobik kepada murid-murid yang akan menyertai larian 1murid, 1sukan, 1 malaysia pada hari tersebut.



Antara murid-murid yang hadir dan memeriahkan lagi suasana di awal pagi tersebut



Antara murid-murid yang terlibat dalam larian yang akan bermula sebentar lagi 


Senaman aerobik ini turut disertai oleh guru-guru dan kakitangan sokongan yang bersama dalam menjayakan larian serentak 1murid, 1sukan dan 1malaysia
 


Murid-murid sedang asyik melakukan senaman aerobik dan gambar diatas lagi menunjukkan murid-murid sedang bertepukkan untuk sorak keriangan dengan muzik tema senaman tersebut


Antara ibu bapa yang hadir ketika upacara pembukaan larian serentak untuk memeriahkan lagi senaman aerobik dan larian yang akan dimulakan sebentar sahaja lagi


Dari  Kiri En. Mastifino,  Pn. Norzaimah dan En. Jamaluddin yang menjadi host dalam senaman aerobik 

 Cikgu Zaidi sedang menyampaikan amanat kepada murid-murid berkaitan dengan larian serentak yang akan bermula sebentar sahaja lagi


 Larian bermula setelah siren pot pet dibunyikan


 Yang ni nk tunggu member lari dlu pastu baru koi bley lari sesama kn


Guru Besar turut bersama dengan pelepas bunyi di garisan permulaan 


 Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan larian serentak 1murid, 1sukan ini sila layari www.youtube.com & pastu cari Picture117 comfirm korang akan jumpe video yang berkaitan dengan larian ni


 Ceramah dari ustaz Najib di dewan selepas kesemua murid-murid selesai sahaja larian serentak yang baru dilaksanakan sebentar tadi


Ustaz Najib kusyuk memberi ceramah berkaitan dengan tajuk Israk Mikraj 


 Giliran Ustazah Aisyah untuk memberi penjelasan dan ceramah berkaitan dengan Israk Mikraj



 Bermula sesi soal jawab dan kuiz terbuka berkaitan dengan Israk Mikraj yang diajukan oleh Ustazah Aisyah kepada murid-murid yang hadir


 Gelagat murid lelaki sewaktu menjawab soalan dari Ustazah Aisyah berkenaan dengan peristiwa Israk Mikraj


 Tiba pula giliran murid perempuan sewaktu hendak menjawab soalan dari Ustazah Aisyah berkaitan dengan kuiz yang telah disampaikan kepada murid-murid dan murid itu terpilih untuk menjawab soalan itu



Siapakah gerangan murid yang berjaya menjawab soalan yea....













No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...