SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 25 January 2012

Hari Seminar Perlaksanaan Kelas Tambahan Bahasa Inggeris

Taklimat Berkaitan Dengan Aktiviti Penyempurnaan Kelas Tambahan Untuk Subjek Bahasa Inggeris 


Pada hari rabu bersamaan dengan 18 Januari 2012, pihak sekolah telah menganjurkan satu aktiviti yang berkaitan dengan hari penyampaian taklimat yang berkaitan dengan cadangan untuk mengadakan kelas tambahan bagi subjek Bahasa Inggeris kepada murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2012.
Penyampaian taklimat tersebut turut melibatkan Cikgu Zaidi selaku guru penyelaras kelas akademik, Guru Besar dan seterusnya Yang Dipertua PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda yang menjadi penceramah yang terakhir di Dewan Besar SKJU pada akhir pagi tersebut.


 Kerusi yang telah disusun untuk majlis yang bakal diadakan

 Antara ibubapa yang hadir pada hari rabu tersebut

 Guru besar menyampaikan amanat dan ucapan beliau

 Antara murid-murid tahun 6 yang sempat bersama dengan ibubapa mereka


En. Mohd Salim Bin Muda menyampaikan amanat beliau


 Pengacara majlis sedang berbincang dengan penyelaras panatia Bahasa Inggeris


 Makanan dan minuman turut disediakan

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...