SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Friday 6 April 2012

Kursus Pembentukan Sahsiah dan Motivasi Diri

Kem Motivasi Ringkas  

Pada hari jumaat bersamaan dengan 6 April 2012, pihak sekolah telah mengadakan sesi kem kursus membina pembentukan sahsiah dan motivasi diri yang telah diadakan sekitar awal pagi tersebut bertempat di dewan sekolah yang menjadi dewan seberguna untuk pelbagai upacara majlis dan juga jamuan serta pelbagai aktiviti prestij sekolah yang diraikan dengan gilang-gemilang.  Kem kursus motivasi tersebut disampaikan oleh penceramah yang diundang ke dewan sekolah iaitu Tuan Haji Said Bin Haji Shafie yang merupakan seorang penyampai motivasi yang amat disegani dan beliau adalah seorang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut yang telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun ini.
Antara gambar-gambar yang dapat diambil pada hari kursus tersebut berlangsung adalah seperti berikut...:


Tn. Haji Said Bin Haji Shafie sedang menyampaikan amanat kepada murid-murid tahun 6 yang menjadi peserta motivasi pada pagi tersebut

Antara kemudahan PA sistem yang telah disediakan dengan secukupnya pada pagi tersebut

Tn. Haji Said memaklumkan kepada peserta kursus untuk perlaksanaan gerak kerja berkumpulan


Antara teori pembelajaran dalam kursus motivasi yang dilaksanakan oleh Tn. Haji Said 


Bermula aktiviti menekap lukisan oleh peserta sepertimana yang telah dipaparkan di layar skrin hadapan


Aktiviti menekap jari-jemari yang masih diteruskan oleh peserta kem motivasi

Antara aktiviti gerak kerja berkumpulan yang telah dijalankan oleh para peserta


Setelah selesai aktiviti kerja berkumpulan, sesi ice breaking bakal bermula untuk aktiviti yang seterusnya


Peserta telah menunggu untuk diuji pada hari kursus pagi tersebut


Tn. haji Said yang memberi penerangan di papan putih berkaitan dengan pembahagian masa kepada peserta


Tn. haji turut menanyakan kepada peserta berkenaan dengan apa yang mereka (peserta) faham setelah diterangkan


Ustaz Najib sedang membantu di tempat PA sistem

Penerangan Tn. Haji Said melalui pembentangan melalui power point

Sesi peserta bersama dengan ibu bapa mereka untuk mengeratkan hubungan bagi mendapat restu dari ibu bapa masing-masing


Tn. haji Said menunjukkan kaedah yang disampaikan kepada peserta


Seterusnya kaedah yang berkaitan dengan teori teguh dan bersatu yang ditunjukkan oleh Tn. Haji Said

Tn. Haji Said yang memanggil para peserta yang sukarela ke hadapan untuk membuat demostrasi berkaitan dengan perlaksanaan teori beliau

Pemberian kain jalur yang panjang oleh Tn. haji Said kepada peserta yang seterusnya yang sukarela untuk membuat demo sepertimana yang ditunjukkan oleh beliau

Antara para peserta yang diberi penghormatan untuk membuat demostrasi sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Tn. Haji Said sebentar sahaja tadi

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...