SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday 14 August 2012

Jamuan Berbuka Puasa Peringkat Sekolah

Majlis Berbuka Puasa SKJU 2012

Pada hari Jumaat 3 Ogos 2012 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1433 telah diadakan suatu majlis berbuka puasa peringkat sekolah iaitu sekitar jam    7 petang tersebut dengan kehadiran oleh guru besar, guru GPK Pentadbiran, guru GPK Hem, guru GPK Koko dan semua guru-guru bersama dengan keluarga masing-masing di jamuan berbuka puasa. Selain itu, pelbagai juadah turut dihidang termasuk kuih-muih beserta dengan lauk pauk dan juga banyak lagi aneka juadah yang telah dihidang serta terdapat juga para tetamu yang secara sukarela membawa juadah dari rumah atau dari ba'azar ramadhan semata-mata untuk menambahkan lagi citarasa aneka juadah berbuka puasa pada petang tersebut. Selain guru-guru terdapat juga staf sokongan yang hadir termasuk pekerja swasta yang turut bersama menyumbang tenaga dalam menjayakan sambutan jamuan berbuka puasa pada petang hari tersebut. Majlis berbuka puasa tersebut turut menjemput seorang ustaz yang merupakan seorang ustaz yang sememangnya terkenal di sekolah ini untuk melaungkan azan waktu berbuka puasa pada jam 7.32 petang setelah masuknya waktu berbuka puasa.



No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...