SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 6 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah SKJU

Suasana Menjelang Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pada hari jumaat bersamaan 1 Februari 2013 telah diadakan majlis sambutan maulidur rasul yang telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah untuk pergerakan perarakan pertama yang bertempat di lokasi tersebut. Perarakan himpunan maulidur rasul itu juga bermula dari tapak perhimpunan sekolah dan seterusnya berakhir di dewan sekolah. Perarakan maulidur rasul dijalankan oleh semua murid-murid yang hadir pada hari jumaat tersebut digerakkan perarakan melalui jalan utama di Felda Jenderak Utara yang mana setiap murid-murid membawa sepanduk dan juga kain rentang serta papan tanda sempena hari sambutan maulidur rasul dijalankan. Perarakan sambutan maulidur rasul juga diadakan dengan jayanya iaitu bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir jam 10.15 pagi. Selepas jam 11 pagi, sambutan maulidur rasul dibuat di dewan sekolah dengan dihadiri oleh Ustaz Najib, Ustaz Sha'arizal, dan Ustazah Aisyah.

Antara murid-murid yang hadir pada hari tersebut

Murid-murid yang duduk di hadapan kusyuk mendengar
tazkirah dari ustaz yang bertugas di majlis sambutan
maulidur rasul bersama murid-murid tersebut

Ustaz Najib dengan gaya tersendiri
dan penyampaian tazkirah pertama

Semua murid-murid bangun untuk bacaan doa

Sepanduk untuk perarakan maulidur rasul

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...