SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 16 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Tahun 2014

Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w Peringkat Sekolah

Pada hari Rabu bersamaan 15 Januari 2014 iaitu Hari yang disambut pada setiap tahun 12 Rabiul'awal sempena Hari Keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w  yang disambut dengan diiringi solat sunat hajat dan seterusnya bacaan surah yassin. Sambutan Maulidur Rasul ini juga tidak ketinggalan dengan perarakkan oleh murid-murid yang hadir ke sekolah pada hari tersebut yang mana mereka semua berkumpul di tapak perhimpunan terlebih dahulu sebelum perarakkan dilangsungkan selepas selesai bacaan yassin dan solat sunat hajat. Sambutan Maulidur Rasul ini juga diadakan setiap tahun untuk memperingati hari kelahiran Junjungan Besar iaitu Nabi Muhammad s.a.w  yang merupakan rasul yang terakhir bagi seluruh umat Manusia dan umat Islam secara keseluruhannya.  Upacara perarakkan turut melibatkan semua murid SKJU yang hadir serta sebahagian guru termasuk Guru Besar turut bersama dalam upacara perarakkan Maulidur Rasul sekitar waktu pagi tersebut bersama GPK Pentadbiran. Upacara perarakkan tersebut bermula pada jam 8.50 pagi dan berakhir sekitar awal 9pagi dengan diiringi dengan bacaan selawat dan zikir kepada Rasulullah s.a.w.

























Setelah selesai perarakkan Maulidur Rasul, satu sesi ceramah yang telah diadakan di dewan dengan seorang Ustaz  yang dijemput khas untuk menyampaikan sesi ceramah Maulidur Rasul bagi tahun ini iaitu Ustaz Saiful yang dari SK Kuala Krau telah hadir di dewan untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan peristiwa sempena hari sambutan sekitar pagi tersebut.  

Ketibaan Ustaz Saiful di dewan bagi menyampaiakn sesi
ceramah bertajuk Cinta Rasulullah s.a.w


Ustaz Saiful menyampaikan sesi ceramah
beliau bersama murid-murid yang hadir
pada hari Sambutan Maulidur Rasul

Antara murid-murid yang hadir dan kusyuk mendengar

Suasana di hadapan dewan ketika ceramah sedang
disampaikan oleh Ustaz Saiful

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...