SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 8 May 2014

Program Lawatan Ke Putrajaya

Lawatan ke S.K Putrajaya Presint 11 (1)

Lawatan rasmi ke SK Putrajaya Presint 11 (1) telah diadakan dengan jayanya pada 7 Mei 2014 yang diwakili oleh GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Koko serta sebahagian guru-guru yang hadir termasuk juga kakitangan kerajaan mahupun swasta yang berkhidmat di SK (FELDA) Jenderak Utara ini. Lawatan ini juga adalah suatu lawatan ringkas yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan SK Putrajaya Presint 11 (1) bersama SK (FELDA) Jenderak Utara. Lawatan ini juga adalah diuruskan sepenuhnya oleh En. Zaidi Bin Abu selaku Setiausaha Agung PIBG yang menguruskan penyewaan bas persiaran bagi membawa rombongan ke Putrajaya ini. Lawatan ke Putrajaya ini bertolak pada awal pagi iaitu sekitar jam 6.45 pagi dan sampai di Putrajaya pada jam 10.32pagi. Rombongan sekolah tiba di SK Putrajaya Presint 11(1) sekitar jam 11pagi. Antara gambar-gambar sewaktu di Putrajaya adalah seperti berikut.....

















Setelah selesai melawat ke SK Putrajaya Presint 11 (1) kali ini ke masjid Putrajaya untuk membuat solat jamak zohor dan asar dan seterusnya ke Taman Botani dan akhir sekali ke pasaraya Besar Alamanda sebelum bertolak pulang dan keluar dari Putrajaya sekitar jam 7.15petang. Kami sampai di Kuala Krau Temerloh sekitar jam 10.32 malam.

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...