SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday 2 February 2016

Warkah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber serta Ketua Kelas

Sesi Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS serta Ketua Kelas 

Pada hari Isnin 1 Februari 2016 telah diadakan sesi penyampaian sijil warkah lantikan pengawas sekolah dan juga pengawas pusat sumber sekolah serta tidak terkecuali kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas. Sesi penyampaian sijil lantikan ini juga diadakan di tapak perhimpunan selepas majlis perhimpunan mingguan selesai dalam sekitar jam 8 pagi tersebut.  Warkah perlantikan pengawas ini juga disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada murid-murid yang telah dilantik menjadi pengawas dan seterusnya penyampaian sijil lantikan dilangsungkan setelah selesainya perhimpunan. Selain itu, sesi pengisian borang dan menandatangani borang perjanjian dalam warkah perlantikan turut dilangsungkan dan dilakukan oleh Ketua pengawas dan Penolong ketua pengawas di hadapan Tuan Guru Besar dan Guru GPK HEM dan guru yang turut serta dalam berlangsungnya sesi lantikan untuk tahun 2016 ini.











Seterusnya berlangsung sesi menandatangani lampiran borang perjanjian lantikan untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua kelas serta penolong ketua kelas seperti berikut:  









No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...