SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday 10 May 2016

Lawatan Oleh Majlis Guru Besar dari Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

Lawatan Rasmi Majlis Guru-Guru Besar PPD Kubang Pasu ke SKJU

Pada hari Selasa 10 Mei 2016 pihak sekolah bersatu hati bersama semua guru-guru dan staf sokongan serta semua staf SKJU menyambut kedatangan pelawat yang telah membuat lawatan rasmi ke sekolah dengan sambutan tetamu dari Kubang Pasu Kedah yang telah sampai ke sekolah sekitar jam 10.55 Pagi dan diarak ke  dewan Pak Sako dengan jamuan makan dan sebelum jamuan bermula penyampaian perjalanan majlis dari Pengacara yang disampaikan oleh En. Helmi Riza Bin Adnan. Seterusnya bacaan doa dari Ustaz Najib dan Ucapan Aluan dari Tuan Guru Besar. Ucapan aluan juga turut disampaikan oleh En. Ramli Bin Abdul Hamid selaku pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kubang Pasu. Antara yang turut hadir ke majlis jamuan sempena lawatan rasmi ini adalah Pengurus Felda Jenderak Utara iaitu En. Muhamad Fadeli yang turut serta menjamu selera bersama peserta majlis guru besar Kubang Pasu sekitar hujung pagi tersebut.





















No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...