SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 16 August 2018

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018

Sambutan Bulan Merdeka dan Perasmian Bulan Merdeka SKJU serta Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang    

Pada hari Khamis bersamaan 16 Ogos 2018 telah diadakan di Tapak Perhimpunan Sekolah yang diadakan dengan penuh meriah dengan dihadiri oleh semua murid SKJU dan dirasmikan majlis sambutan dengan penuh jayanya oleh Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Koko di pentas tapak perhimpunan tersebut. Sambutan itu juga diadakan sekitar awal pagi yang bermula pada jam 7.25 Pagi dan berakhir pada 8.40 pagi melalui upacara laungan MERDEKA serta nyanyian lagu Patriotik dan juga iringan lagu kebangsaan iaitu Negaraku dan lagu Dirgahayu Darul Makmur dan seterusnya lagu Sekolah dan terakhir lagu patriotik Sayangi Malaysiaku Ini Kita Punya yang dinyanyikan oleh murid-murid yang hadir serta semua guru di pentas tapak perhimpunan tersebut. Seterusnya perasmian dilaksanakan oleh Guru Besar dan disempurnakan oleh tiga orang GPK yang turut menyempurnakan perasmian diiringi dua orang murid yang meletupkan gimik meriam serentak GPK memotong riben pada tiga poster pelancaran tersebut.






















No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...