SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 23 February 2012

Hari Sambutan Majlis Persaraan Cikgu Normah

Selamat Bersara

Pada hari Jumaat bersamaan dengan tarikh 24 Februari 2012, sambutan untuk majlis hari persaraan seorang guru veteran iaitu Puan Normah binti Ahmad yang merupakan seorang guru GPK pentadbiran di sekolah ini yang mana beliau telah berkhidmat lebih dari 10 tahun di sekolah ini dan hari jumaat ini adalah hari terakhir beliau berkhidmat di sekolah ini. Sesungguhnya pengorbanan beliau sebagai seorang guru di sekolah ini amat disanjungi dan beliau telah melalui penah lelah dan perit getir sebagai seorang guru yang mana pengalaman telah meletakkan   sesuatu yang memberi kita dorongan untuk kita mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang beliau menjadi guru baik di sekolah ini mahupun beliau pernah juga menjadi guru di sekolah yang lain sebelum berkhidmat di sekolah ini buat kali yang terakhir sehinggalah beliau bersara dalam tahun 2012. Majlis persaraan beliau dibuat  secara besar-besaran dan penuh gilang-gemilang walaupun pada hakikatnya banyak kekurangan dari segi persediaan dan juga peralatan yang berkaitan dengan perlaksanaan majlis hari persaraan yang diukir oleh pihak sekolah pada kali ini.

Perlaksanaan sambutan hari persaraan tersebut banyak menggunakan ketiga-tiga lokasi seperti dewan besar, kantin dan pintu gerbang sekolah yang mana aktiviti banyak dicetuskan untuk setiap lokasi yang telah di adakan di sekolah ini pada hari jumaat tersebut. Antara gambar-gambar peristiwa sewaktu sambutan Hari Persaraan adalah seperti berikut:-


Pementasan Sambutan Hari Persaraan Pada hari Jumaat tersebut


Video berkaitan dengan suka duka seorang guru yang akan tetap dikenang


Pelamin persaraan

Antara murid-murid yang sempat menghadirkan diri ke dewan pada pagi tersebut


Bagaikan pemaisuri kayangan la


 Pelbagai aneka hadiah yang disusun rapi


 Pengacara majlis yang memulakan tugas di awal pagi


Ustaz Najib untuk bacaan doa

Guru Besarsedang menyampaikan ucapan di hari sambutan perasmian hari persaraan


En. Suhara Affandi Kamaruzzaman yang merupakan Timbalan YDP PIBG sekolah ini menyampaikan ucapan


Ucapan terakhir dari cikgu Normah di dewan sekolah ini


Antara murid-murid yang kusyuk mendengar ucapan


Antara ibu bapa murid dan sebahagian guru yang kusyuk mendengar ucapan di hari persaraan tersebut


 Murid-murid perempuan pun kosyuk mendengar ucapan


Kenangan Cikgu Normah bersama sebahagian murid-murid tahap2

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...