SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Monday 5 March 2012

Sambutan Hari Persaraan Kali Kedua

Sambutan Hari Persaraan Kali Kedua Di Hotel Seri Malaysia Temerloh


Pada hari isnin bertarikh 5 Mac 2012 iaitu sekitar jam 3, 4 dan 5 petang terdapat upacara yang julung kalinya diadakan untuk kali yang kedua iaitu bagi menyambut hari persaraan kepada guru yang bernama Pn. Normah Binti Ahmad di lokasi yang paling istimewa dan menarik iaitu Hotel Seri Malaysia Temerloh. Di lokasi tersebut juga, pelbagai hidangan turut dihidangkan antaranya kek krim vanilla, mee kari, rojak, keledek goreng, nasi goreng dan sebagainya yang mana pelbagai aneka hidangan yang enak dan sedap telah disajikan berhampiran dengan dewan berlangsungnya majlis jamuan persaraan tersebut.

Antara ahli jawatan kuasa yang mengelola majlis jamuan ini adalah seperti berikut : -

* Pn. Hjh. Ruziah Bt Hj. Ghazali
* Tn. Hj. Alias Bin Hassan
* En. Zaidi  Bin  Abu
* Pn. Siti Aisyah Bin Mohd Razali
* Cik Noor Rasheedah Bt Ahmad Sanusi
* En. Zulkiman Bin Talib
* En. Mohd Ekhwan Bin Mohd Shukor
* Pn. Shah Hanim Bt Tahir
* En. Mohd Najib Bin Nawawi
* Pn. Norhayati Bt Jakariah
* En. Rominzie Bin Rasu

Antara aturcara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut : -

* Ketibaan hadirin
* Ketibaan yang di raikan
* Ucapan aluan oleh pengacara atau pengerusi majlis
* Bacaan doa
* Ucapan pengerusi BKGP (En. Zaidi Bin Abu)
* Ucapan Guru Besar  (Pn. Hjh Ruziah Bt Hj. Ghazali)
* Ucapan mantan GPK 1 (Pn. Normah Bt Ahmad)
* Jamuan makan

Antara gambar-gambar peristiwa dapat dirakamkan adalah seperti berikut : - 

 Persediaan untuk penyampaian oleh pengerusi upacara majlis

 Antara pinggan mangkuk serta sudu yang turut disediakan diatas meja tetamu

 Pelbagai hidangan untuk makanan dan minuman turut disediakan

 Tidak ketinggalan hadiah juga turut disediakan kepada pesara


Kek yang masih belum dibuka


Kek yang menjadi simbolik kepada hari sambutan persaraan tersebut

 Pengacara majlis jamuan persaraan


 Ustaz Najib selaku bacaan doa memulakan perjalanan majlis jamuan pada petang tersebut


 Cikgu Zaidi selaku pengerusi BKGP menyampaikan ucapan ringkas pada hari jamuan tersebut


 Guru Besar Pn. Hjh Ruziah Binti Hj. Ghazali tidak ketinggalan dalam memberi ucapan


Mantan GPK 1 tidak ketinggalan dalam menyampaikan ucapan yang terakhir beliau

 Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar kepada mantan GPK 1 di hotel seri Malaysia


 Bergambar selepas jamuan selesai


tetamu terakhir yang tiba di jamuan pada petang tersebut

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...