SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 20 June 2012

Hari Program Israk Mikraj

Majlis Sambutan Israk Mikraj Di Surau Sekolah

Pada hari rabu bersamaan 20 Jun 2012, pihak sekolah telah menganjurkan satu sambutan yang diadakan secara sederhana iaitu program memperingati peristiwa Israk Mikraj yang telah diadakan di surau Sekolah berhampiran dengan bangunan baru sekolah. Program peristiwa Israk Mikraj tersebut disambut dengan cara yang boleh dikatakan begitu bermakna kerana ianya adalah suatu peristiwa kebesaran junjungan kita Nabi Muhammad dan sebagai umat Islam wajib mempercayai peristiwa yang penuh bersejarah dan menjadikan umat Islam suatu pengajaran untuk kita bersama-sama bersatu kearah mencapai kejayaan sepertimana yang berlaku dalam peristiwa tersebut.
Sambutan memperingati Hari Israk Mikraj yang diadakan pada sekitar pagi tersebut disempurnakan oleh tiga orang ustaz iaitu Ustaz Najib, Ustaz Shaarizal dan seorang ustaz jemputan iaitu Ustaz Basyiruddin. Sambutan Hari Israk Mikraj Peringkat Sekolah ini diadakan dengan kebanyakkannya adalah lebih kepada ucapan yang disampaikan oleh Ustaz jemputan kita iaitu Ustaz Basyiruddin dan antara gambar yang sempat dirakam adalah seperti berikut>>>>

 Antara murid-murid yang telah hadir ke surau untuk berkumpul mendengar ceramah peristiwa Israk Mikraj yang akan disampaikan sebentar sahaja lagi


Ustaz Shaarizal selaku pungacara majlis Sambutan peristiwa Israk Mikraj

Ustaz Najib (hadapan) sedang membacakan doa bagi melancarkan lagi majlis sambutan pada pagi tersebut

Ustaz Shaarizal menjadi pengacara dengan cara dan gayanya yang tersendiri

Ustaz Basyiruddin yang merupakan ustaz yang dijemput khas untuk menyampaikan ucapan yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Lafaz Permulaan sebelum menyampaikan ucapan)

 Hah, siapa yg nak tengok video berkaitan dengan peristiwa israk mikraj sila angkat tangan


Video yang dipaparkan berkaitan denga peristiwa israk mikraj

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...