SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 5 July 2012

Nisfu Syaaban 1433

Program Solat Hajat dan Bacaan Surah Yassin Sempena Hari Nisfu Syaaban 1433.

Pada hari Rabu bersamaan dengan 4 Julai 2012, telah diadakan satu program yang diberi nama Nisfu Syaaban yang telah diadakan di perkarangan hadapan surau sekolah SKJU iaitu berhampiran dengan bangunan baru yang mana program tersebut dilaksanakan dengan mengadakan solat hajat beserta dengan bacaan surah yassin yang diadakan sekitar jam 8pagi tersebut. Dalam pada waktu yang sama, sambutan nisfu syaaban ini diadakan dengan pemberian air gau dan kismis kepada murid-murid serta guru dan staf sokongan yang terlibat dalam menjayakan perlaksanaan program Nisfu Syaaban ini. Seperti dalam gambarajah dibawah terdapat gambar-gambar yang sempat diambil untuk aktiviti program tersebut...:

 Barisan saf solat sunat hajat yang bakal dimulakan dan diimamkan oleh Ustaz Najib Nawawi 


 Jemaah solat sunat hajat wanita yang selesai menunaikan solat sunat hajat




 Antara barisan jemaah lelaki yang sedang bertungkus-lumus mengedarkan senaskah surah yassin kepada setiap jemaah yang selesai menunaikan solat sunat hajat




 Setelah mendapat naskah bacaan surah yassin yang telah diedarkan kepada semua murid-murid


Ustaz Sya'arizal akan memulakan tugas membaca surah yassin 

No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...