SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday 29 October 2013

Program Taklimat Keselamatan SKJU 2013

Hari Penyampaian Taklimat Berkaitan Dengan Pencegahan Jenayah Dan Tindakan Keselamatan

Pada Hari Selasa 29 Oktober 2013, sekolah kita telah membuat program yang amat dinantikan iaitu program yang merupakan julung-julung kali diadakan di sekolah dengan menjemput seorang penceramah yang merupakan seorang pegawai Polis yang berpangkat Sarjan Mejar Othman Bin Mohamad yang hadir bersama dua anggota polis yang berpangkat Lans Koperal hadir ke dewan sekolah bagi menyempurnakan sesi taklimat yang diadakan pada waktu pagi hari tersebut. Kehadiran Tuan Sarjan Mejar Othman juga turut di umumkan oleh pengacara majlis iaitu Cikgu Mohd Ekhwan sewaktu bermulanya sesi taklimat. Dalam sekitar waktu sesi taklimat bermula Tuan Sarjan telah mengumumkan akan memberi cenderamata kepada memana murid-murid yang dapat menjawab soalan yang bakal disampaikan setelah selesai dan di hujung akhir sesi taklimat yang beliau ajukan kepada murid-murid yang hadir di dewan sekolah sekitar pagi tersebut bersama guru serta staf sokongan yang bertugas sepanjang sesi taklimat diadakan. Dalam waktu keseluruhan sesi taklimat diadakan, terdapat pelbagai perkara serta unsur jenayah yang ditunjukkan oleh Tuan Sarjan Mejar antaranya berkaitan dengan peras ugut, kes bunuh, kes rogol, kes pecah rumah, kes samun dan sebagainya. Antara gambar aktiviti yang dapat dipaparkan adalah seperti berikut....>>>>

Antara peralatan seperti LCD dan komputer riba telah disedia


Murid-murid yang sudah bersedia untuk mendengar
taklimat yang bakal disampaikan


Cikgu Ekhwan yang menjadi pengacara


Antara program taklimat yang akan diketengahkan
sebentar sahaja lagi melalui perbantangan power point

Ucapan aluan oleh Sarjan Mejar Othman untuk permulaan
taklimat yang bertajuk tindakan keselamatan

Seterusnya selepas selesai sesi taklimat keselamatan, sesi soal jawab dimulakan...>>>
















Setelah selesai sesi taklimat dan sesi soal jawab seterusnya penyampaian cenderamata kepada Sarjan Mejar Othman oleh GPK Pentadbiran dan seterusnya sesi pergambaran Tuan Sarjan Mejar bersama murid tahun enam dan guru penolong. 


No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...