SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 20 October 2013

Sambutan Hari Raya Aidiladha 1434

Aktiviti Berkorban dan Sambutan Aidiladha Peringkat Sekolah

Pada hari Khamis 17 Oktober 2013 bersamaan 12 Zulhijjah 1434 telah diadakan aktiviti penyembelihan lembu bertujuan untuk dijadikan daging korban yang mana gotong-royong bagi aktiviti penyembelihan tersebut dilakukan oleh sebahagian guru serta staf sokongan yang hadir memberi kerjasama dalam aktiviti penyembelihan yang dijalankan sekitar waktu pagi tersebut. Aktiviti korban ini juga dikasifikasikan sebagai ibadah korban yang dilakukan di bahagian belakang bangunan sekolah berhampiran dengan bengkel Kemahiran Hidup yang lama serta berdekatan dengan ladang kelapa sawit.  Selain guru-guru dan staf sokongan yang turut terlibat adalah wakil dari ibu bapa murid-murid yang hadir untuk turut serta dan menjadi sukarela dalam bersama melaksanakan aktiviti ibadah korban tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut...>


Ucapan ringkas dari ustaz Najib berkaitan dengan Solat
Sunat Hari Raya Aidiladha pada 11 Oktober 6 Zulhijjah
Hari Jumaat di dewan sekolah



Syafiq yang ditanyakan oleh Ustaz Najib berkaitan dengan
bacaan dan niat bagi menunaikan solat sunat Aidiladha


Penyembelihan yang bermula dengan mengikat keempat kaki


Lembu yang diikat kakinya bakal dikorbankan



Antara sukarelawan serta guru yang terlibat dalam aktiviti


Bekerja keras ketika aktiviti penyembelihan dijalankan



No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...